
Dr Muhammad Mursi diisytihar memenangi kerusi Presiden Mesir setelah beberapa abad di bawah pemerintahan rejim Hosni Mubarak. Alhamdulillah kita sangat bersyukur kepada Allah dengan kemenangan Ikhwanul Muslimin dan juga memeberi inspirasi kepada gerakan-gerakan Islam seantero dunia.
Dapat kita lihat dari gambar-gambar di Facebook yang mana masyarakat di Mesir bersujud syukur dengan kemenangan Dr Mursi dan bersama-sama kepimpinan Dr Mursi. Itu adalah antara asbab terbesar kemenangan Islam di Mesir kerana mendapat mandat dari rakyat. Tidak lupa juga kita di Malaysia, pemimpin yang dipilih mestilah dari kalangan orang-orang yang berkelayakan dan amanah. Tidak lupa juga ianya mendapat 'pengesahan' dari rakyat.

إِنَّا عَرَضْنَا الأمَانَةَ عَلَى السَّمَاوَاتِ وَالأرْضِ وَالْجِبَالِ فَأَبَيْنَ أَنْ يَحْمِلْنَهَا وَأَشْفَقْنَ مِنْهَا وَحَمَلَهَا الإنسان إِنَّهُ كَانَ ظَلُوماً جَهُولاً
(Surah Al-Ahzab,Ayat 72)
"Sesungguhnya Kami telah mengemukakan amanah kepada
langit, bumi dan gunung-gunung, maka semuanya enggan untuk memikul
amanat itu dan mereka khawatir akan mengkhianatinya, dan dipikul
amanat itu oleh manusia. Sesungguhnya manusia itu amat zalim dan amat
bodoh."
Para 'ulama menafsirkan ظَلُوماً adalah mereka ada ilmu tetapi bertindak zalim dan جَهُولاً adalah mereka yang tiada ilmu dan tidak berusaha mencari ilmu. Dalam erti kata lain, manusia mestilah mempunyai ilmu dan beramal dengannya.
Masyarakat hari ini sudah membuka mata bahawa keadilan dalam pemerintahan negara amat penting bagi menjaga kesinambungan kebajikan setiap anggota masyarakat. Masyarakat tidak hanya dahagakan duit 'ekspress' dan material semata-semata tetapi juga mengharapkan kejayaan di akhirat kelak. Non-muslim juga menaruh keyakinan kepada pemimpin Islam yang berintegriti kerana mereka percaya di dalam Islam amat menitik-beratkan kepada keadilan dan kebajikan.

No comments:
Post a Comment