Friday, 18 May 2012

ISLAMOFOBIA: PERANAN ANAK MUDA ISLAM





Assalamualaikum, pertamanya marilah mengucapkan syukur kepada Allah kerana masih diberi nikmat Iman dan Islam serta selawat dan salam kepada Nabi junjungan kita, Nabi Muhammad s.a.w. InsyaAllah untuk entri ini hanya serba ringkas tetapi diharapkan para pembaca dapat mengambil input walaupun sedikit.
                Daripada pengisian yang diberikan oleh Suhaib Webb, adalah berkenaan praktikaliti bukan sekadar teori. Imam As-Syatibi di dalam kitabnya Muafakat menceritakan bahawa Nabi Muhammad s.a.w tidak menghabiskan masa memikirkan tentang teori yang tidak dapat dipraktikkan. Melalui sirah kita dapat lihat bahawa Nabi Muhammad s.a.w pernah bertanya kepada Malaikat Jibril tentang hari kiamat. Akan tetapi tidak dijawab oleh Malaikat Jibril. Apabila Baginda bertanya tentang tanda-tanda hari Kiamat barulah Malaikat Jibril menjawab pertanyaan Baginda.
                Pernah datang fulan bin fulan kepada baginda dan bertanya,"(متى الساعة يا رسول الله) Bilakah hari Kiamat, Ya Rasulullah?”. Dan Baginda menjawab “Apakah persediaan wahai fulan bin fulan?”. Pengkaji sejarah merumuskan bahawa Baginda memperlihatkan persediaan itu yang bersifat yang praktikal daripada mengetahui tentang tarikh hari Kiamat sahaja.
`               Justeru, Suhaib Webb memberikan method-method yang perlu untuk mengatasi masalah-masalah Islamofobia dengan ada 4 perkara iaitu;
1.       Pastikan penyerahan kita kepada Allah kuat. Apabila hubungan kita dengan Allah itu kuat secara tidak langsung, akan diterjemahkan dengan pertolongan Allah dan keyakinan kepada Allah bertambah.
2.       Komitmen anak muda untuk melakukan gerak kerja Islam. Muhasabi mengatakan “kamu tidak dapat apa yang kamu kehendaki selagi mana kita hidup dengan apa yang kita nakkan tetapi dan kamu tidak akan mencapai impian kamu kecuali dengan sabar dengan apa yang tidak disukai”.
3.       Kerja-kerja yang tersusun. Dalam kita melakukan gerak kerja Islam harus dipastikan bahawa gerak kerja hendaklah bersistematik agar apa yang dilakukan berkesan dan tidak sia-sia.
4.       Silaturrahim yang mantap. Harus dijelaskan bahawa bukan bangsa,suku kaum atau puak yang dipentingkan tetapi syariat Allah yang harus ditegaskan. Sebagai manusia, kita harus menerima kritikan, harus memberi kritikan untuk membina dan sama-sama bangun dan memperbaiki diri untuk kemajuan Islam.
Ibn Taimiyah menyebutkan bahawa, “aku menjadi orang Islam setiap hari”. Dan ada sahabatnya bertanya, “apakah maksudmu bahawa kamu menjadi Islam setiap hari?”. Dan Ibn Taimiyah menjawab “aku memperbaharui Islamku, memperbaharui hubunganku dengan Allah setiap hari”. Nabi Muhammad s.a.w mengajar satu doa untuk untuk kita hayati, (فسال الله تعلى مجددا لكم ايمانكم)“Ya Allah aku minta pada-MU agar ditetapkan dan ditingkatkan iman kepada-Mu Ya Allah”.
Saya antara aktivis mahasiswa Islam UIAM menyeru sahabat-sahabat saya terutama aktivis-aktivis mahasiswa di luar sana agar dapat menjadi pemimpin orang-orang yang beriman dan dapat menerajui kebangkitan anak muda dengan kesedaran Islam. Maaf kalau ada tersilap bicara. Segala komen dan cadangan amat dialukan. TAKBIR!!! ALLAHUAKBAR!!!

1 comment:

Followers