Saturday, 22 October 2011

TGNA dekat dihati

Pada 22 oktober 2011,7.40pm- Diriku bergegas ke Tamn Melewar kerana ingin memenuhi hajat sahabat saya untuk menghadiri jamuan amal bersama Tok Guru Nik Aziz anjuran Persatuan Anak Kelantan Perantauan Malaysia (PERAKAN) . Bertemu ramai sahabat-sahabat lama yang sudah 'graduated' dari UIAM. Sempat ber'sharing moment' pengalaman-pengalaman diorang selepas konvo. Ada yang dah kahwin, ada yang bekerja and ada juga yang jadi Pemuda. Kami juga sempat berdiskusi tentang isu yg hangat sekarang tentang penggantungan Prof Aziz Bari. Jam menunkukkan 9.00pm, jadi kami diminta untuk duduk di meja-meja yang telah di'reserve' untuk kami. Tidak sampai 10 minit,datangnya manusia yang dihormati iaitu Tuan Guru Nik Aziz. Selalu berjubah putih dan berserban. Itulah identiti TGNA. Tanpa ragu-ragu, terus aku pergi dekat dan sempat bersalaman dan cium tangan TGNA. Seketika melihat wajah TGNA yang penat, sayu daku melihatnya. Seorang pejuang yang tidak mengenal penat dan lelah tapi tetap memenuhi jemputan penganjur. TGNA akan cuba sedaya upaya untuk bertemu dengan anak-anak muda untuk menghargai permata masa hadapan. Satu gambaran yang saya dapat buat adalah bila melihat dan dapat bersalaman dgn TGNA terasa hilang kekusutan dan sayu mlihat wajah TGNA yang tak kenal erti letih dan rehat dalam perjuangan..ALLAHUAKBAR

No comments:

Post a Comment

Followers