Harga petrol RON97 akan mengalami kenaikan 20 sen seliter mulai  tengah malam ini, demikian menurut sumber-sumber industri hari ini. 
Dengan kenaikan itu, bahan api RON97 akan dijual RM2.70 seliter - kadar peningkatan paling tinggi tahun ini.
"Baru petang ini kami menerima notis pengesahan (daripada kerajaan)  mengenai kenaikan, 20 sen seliter kali ini," kata sumber kepada The  Malaysian Insider.
Ini kenaikan kali ketiga tahun ini. Ia mengalami kenaikan 10 sen seliter berkuat kuasa 31 Januari lalu.
Harga RON97 yang diapungkan mengikut pasaran minyak dunia semasa,  naik sebanyak 15 sen pada 1 Disember lalu, menjadikan RM2.30 seliter dan  kemudian RM2.40 seliter mulai awal Januari lalu.
"Kenaikan kali ini hanya membabitkan petrol RON97, yang lain-lain kekal tidak berubah," kata sumber itu.
Februari lalu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan  Kepenggunaan Datuk Ismail Sabri Yaakob berkata kerajaan sedang mengkaji  semua opsyen bagi membolehkan kerajaan tidak menaikkan harga petrol  RON95 dalam waktu terdekat walaupun berlaku kenaikan harga minyak  global.
Disebabkan harga RON97 diapungkan kerajaan memutuskan untuk tidak mengumumkan perubahan harganya dari semasa ke semasa.
p/s:memang makin miskin la aku dapat kerajaan yang macam ni..ish3
No comments:
Post a Comment