Wednesday, 27 June 2012

Harapan Anak Muda

Assalamualaikum, pertamanya marilah mengucapkan syukur kepada Allah kerana masih diberi nikmat Iman dan Islam serta selawat dan salam kepada Nabi junjungan kita, Nabi Muhammad s.a.w. InsyaAllah untuk entri ini hanya serba ringkas tetapi diharapkan para pembaca dapat mengambil input walaupun sedikit.


Dr Muhammad Mursi diisytihar memenangi kerusi Presiden Mesir setelah beberapa abad di bawah pemerintahan rejim Hosni Mubarak. Alhamdulillah kita sangat bersyukur kepada Allah dengan kemenangan Ikhwanul Muslimin dan juga memeberi inspirasi kepada gerakan-gerakan Islam seantero dunia.


Dapat kita lihat dari gambar-gambar di Facebook yang mana masyarakat di Mesir bersujud syukur dengan kemenangan Dr Mursi dan bersama-sama kepimpinan Dr Mursi. Itu adalah antara asbab terbesar kemenangan Islam di Mesir kerana mendapat mandat dari rakyat. Tidak lupa juga kita di Malaysia, pemimpin yang dipilih mestilah dari kalangan orang-orang yang berkelayakan dan amanah. Tidak lupa juga ianya mendapat 'pengesahan' dari rakyat.

Dalam kita berbicara tentang amanah, suka saya memetik firman-Nya Azza wa Jal:
إِنَّا عَرَضْنَا الأمَانَةَ عَلَى السَّمَاوَاتِ وَالأرْضِ وَالْجِبَالِ فَأَبَيْنَ أَنْ يَحْمِلْنَهَا وَأَشْفَقْنَ مِنْهَا وَحَمَلَهَا الإنسان إِنَّهُ كَانَ ظَلُوماً جَهُولاً
 (Surah Al-Ahzab,Ayat 72)

"Sesungguhnya Kami telah mengemukakan amanah kepada langit, bumi dan gunung-gunung, maka semuanya enggan untuk memikul amanat itu dan mereka khawatir akan mengkhianatinya, dan dipikul amanat itu oleh manusia. Sesungguhnya manusia itu amat zalim dan amat bodoh."

Para 'ulama menafsirkan ظَلُوماً adalah mereka ada ilmu tetapi bertindak zalim dan جَهُولاً adalah mereka yang tiada ilmu dan tidak berusaha mencari ilmu. Dalam erti kata lain, manusia mestilah mempunyai ilmu dan beramal dengannya.

Masyarakat hari ini sudah membuka mata bahawa keadilan dalam pemerintahan negara amat penting bagi menjaga kesinambungan kebajikan setiap anggota masyarakat. Masyarakat tidak hanya dahagakan duit 'ekspress' dan material semata-semata tetapi juga mengharapkan kejayaan di akhirat kelak. Non-muslim juga menaruh keyakinan kepada pemimpin Islam yang berintegriti kerana mereka percaya di dalam Islam  amat menitik-beratkan kepada keadilan dan kebajikan.



Oleh itu, saya menyeru khususnya para pemimpin agar dapat menjalankan tanggungjawab dan amanah kepimpinan selari dengan Islam agar kebangkitan Islam dapat dilihat seantero dunia untuk mencapai keredhaan Allah. Kami anak muda dahagakan kepada kebangkitan Islam agar diri kami tidak terjerumus ke lembah maksiat. Kami di peringkat anak muda juga perlu berperanan menjunjung aspirasi kerajaan Malaysia yang berlandaskan Islam dan menolak segala kemungkaran.

Followers