Wednesday, 30 May 2012
Friday, 18 May 2012
ISLAMOFOBIA: PERANAN ANAK MUDA ISLAM
Assalamualaikum,
pertamanya marilah mengucapkan syukur kepada Allah kerana masih diberi nikmat
Iman dan Islam serta selawat dan salam kepada Nabi junjungan kita, Nabi
Muhammad s.a.w. InsyaAllah untuk entri ini hanya serba ringkas tetapi
diharapkan para pembaca dapat mengambil input walaupun sedikit.
Daripada pengisian yang
diberikan oleh Suhaib Webb, adalah berkenaan praktikaliti bukan sekadar teori.
Imam As-Syatibi di dalam kitabnya Muafakat menceritakan bahawa Nabi Muhammad
s.a.w tidak menghabiskan masa memikirkan tentang teori yang tidak dapat
dipraktikkan. Melalui sirah kita dapat lihat bahawa Nabi Muhammad s.a.w pernah
bertanya kepada Malaikat Jibril tentang hari kiamat. Akan tetapi tidak dijawab
oleh Malaikat Jibril. Apabila Baginda bertanya tentang tanda-tanda hari Kiamat
barulah Malaikat Jibril menjawab pertanyaan Baginda.
Pernah datang fulan bin fulan
kepada baginda dan bertanya,"(متى
الساعة يا رسول الله) Bilakah
hari Kiamat, Ya Rasulullah?”. Dan Baginda menjawab “Apakah persediaan wahai
fulan bin fulan?”. Pengkaji sejarah merumuskan bahawa Baginda memperlihatkan
persediaan itu yang bersifat yang praktikal daripada mengetahui tentang tarikh
hari Kiamat sahaja.
` Justeru, Suhaib Webb memberikan
method-method yang perlu untuk mengatasi masalah-masalah Islamofobia dengan ada
4 perkara iaitu;
1.
Pastikan penyerahan kita kepada Allah kuat.
Apabila hubungan kita dengan Allah itu kuat secara tidak langsung, akan
diterjemahkan dengan pertolongan Allah dan keyakinan kepada Allah bertambah.
2.
Komitmen anak muda untuk melakukan gerak kerja Islam. Muhasabi
mengatakan “kamu tidak dapat apa yang kamu kehendaki selagi mana kita hidup
dengan apa yang kita nakkan tetapi dan kamu tidak akan mencapai impian kamu
kecuali dengan sabar dengan apa yang tidak disukai”.
3.
Kerja-kerja yang tersusun. Dalam kita melakukan gerak kerja Islam harus
dipastikan bahawa gerak kerja hendaklah bersistematik agar apa yang dilakukan
berkesan dan tidak sia-sia.
4.
Silaturrahim yang mantap. Harus dijelaskan bahawa bukan bangsa,suku
kaum atau puak yang dipentingkan tetapi syariat Allah yang harus ditegaskan.
Sebagai manusia, kita harus menerima kritikan, harus memberi kritikan untuk
membina dan sama-sama bangun dan memperbaiki diri untuk kemajuan Islam.
Ibn Taimiyah menyebutkan bahawa, “aku menjadi orang Islam setiap hari”. Dan
ada sahabatnya bertanya, “apakah maksudmu bahawa kamu menjadi Islam setiap
hari?”. Dan Ibn Taimiyah menjawab “aku memperbaharui Islamku, memperbaharui
hubunganku dengan Allah setiap hari”. Nabi Muhammad s.a.w mengajar satu doa
untuk untuk kita hayati, (فسال الله تعلى مجددا
لكم ايمانكم)“Ya
Allah aku minta pada-MU agar ditetapkan dan ditingkatkan iman kepada-Mu Ya
Allah”.
Saya antara aktivis mahasiswa Islam
UIAM menyeru sahabat-sahabat saya terutama aktivis-aktivis mahasiswa di luar
sana agar dapat menjadi pemimpin orang-orang yang beriman dan dapat menerajui
kebangkitan anak muda dengan kesedaran Islam. Maaf kalau ada tersilap bicara.
Segala komen dan cadangan amat dialukan. TAKBIR!!! ALLAHUAKBAR!!!
Subscribe to:
Posts (Atom)