Thursday 12 January 2012

Figura-figura Mahasiswa

Assalamualaikum.Alhamdulillah, lama dah tak update blog ni. Untuk kali ini, aku hanya ingin berkongsi antara figura-figura mahasiswa yang dekat dengan aku dan yang boleh aku katakan yang aku kagum. Antaranya adalah saudara Zaki Sukery, Firwan Norliza, Adam Adli dan Safwan Anang. Masih ada lagi figura-figura lain yang lagi hebat daripada diorang tapi mungkin mereka dekat dan pernah bertemu mata. Mungkin itu salah satu faktor kenapa aku minat dengan diorang. Entri ini hanya serba ringkas sahaja.

Yang pertama adalah Zaki Sukery. Merupakan mahasiswa UIAM, mantan Presiden Ma'ruf Club UIAM dan mantan Timbalan Presiden GAMIS. Dia adalah seniorku di sekolah dulu, Maahad Muhammadi Lelaki. Mungkin sebab itu aku kagum dengan dia. Dia seorang yang berani ke hadapan untuk menyatakan pendirian untuk sesuatu isu tanpa teragak-agak. Fuhh!!! Gaya dia menyampaikan huraian jelas dan jitu.




Yang kedua adalah Firwan Norliza. Merupakan mahasiswa UIAM, mantan Presiden SRC UIAM. Antara faktor aku kagum dengan dia adalah dia seorang yang smart dan nampak profesional dalam melakukan gerak-kerja. Pernah lihat dia berbicara dalam Bicara Siswa dalam TV1, nampak ke'profesional'an dalam dia menjawab soalan moderator. Dan dari segi pengurusan, memang nampak dia pandai dalam mengendali sesuatu isu dengan cara diplomasi.





Yang ketiga adalah Adam Adli. Sebenarnya aku tak kenal sangat dia ni. Pernah jumpa banyak kali kat demonstrasi. Hee. Aku kenal dia sebab isu yang dia turunkan bendera NAJIB. Hee. Apa yang aku boleh katakan, dia ada idea dan dia terjemahkan dalam bentuk perbuatan. Tak ramai yang berani untuk terjemahkan idea dengan aksi. Boleh cakap mantap la kalau dia jadi speaker untuk demonstrasi. Dan dia berani tanggung kesan selepas itu.


Last but not least, adalah Safwan Anang. Merupakan mahasiswa UM, Presiden PMIUM dan Timbalan Presiden GAMIS sekarang. Dia ni pun lebih kurang Adam Adli jugak la. Berani untuk turun ke padang dan tidak teragak-agak untuk nyatakan sesuatu isu. Nampak la dia aktif dengan PMIUM dan dia dapat membawa PMIUM ni  boleh d katakan di peringkat luar kampus. Contohnya,dia jadi speaker untuk demonstrasi Prof Aziz Bari di UIAM atas nama PMIUM. Paling terkini, yang dia kena belasah dengan polis tapi tetap semangat untuk meneruskan perjuangan.




Tu je perkongsian aku untuk entri kali ni. Banyak lagi figura-figura mahasiswa yang lain. Hanya ingin berkongsi kekaguman aku antara figura-figura mahasiswa tahun 2011. Mungkin ada tersilap bahasa dan tersilap info, harap di maafkan. Terima kasih sudi membaca.

1 comment:

Followers