Monday, 9 April 2012

Anak Muda Ke Mana Halatuju?

Assalamualaikum, pertamanya marilah mengucapkan syukur kepada Allah kerana masih diberi nikmat Iman dan Islam serta selawat dan salam kepada Nabi junjungan kita, Nabi Muhammad s.a.w. InsyaAllah untuk entri ini hanya serba ringkas tetapi diharapkan para pembaca dapat mengambil input walaupun sedikit. Peringatan ini adalah perkongsian daripada Tok Guru saya. Terus kepada isinya adalah berkenaan TUJUAN KITA DIHANTAR KE BUMI oleh Allah.


Yang pertamanya adalah bertujuan اصلاح العقيدة, iaitu membetulkan aqidah. Untuk membetulkan aqidah ini adalah tidak lain dengan kesedaran individu Muslim untuk mencari Ilmu khususnya ilmu tauhid yang hanya dipelajari ketika masih di bangku sekolah rendah dan sekolah menengah. Kita sering melupakan perkara asas yang perlu kita pelajari dan hanya menganggap Ilmu Tauhid hanya untuk budak-budak sahaja. Kita harus menukar persepsi itu dan wajib untuk kita mempelajari selagi hayat dikandung badan agar bertambah kasih kita kepada Allah dan bertambah keberkatan dalam kehidupan seharian.

Yang keduanya adalah dengan tujuan تفهم الناس على حقيقة الاسلام, iaitu bermaksud memberi faham kepada manusia akan hakikat sebenar Islam. Hari ini kita dapat melihat bahawa mahasiswa khususnya dalam keadaan kecelaruan identiti sama ada inginkan kepada Islam ataupun Barat. Oleh itu, peranan semua orang yang bergelar Muslim wajib mendekati golongan ini untuk membawa ke jalan yang benar. Khususnya, kepada penggerak-penggerak MAHASISWA ISLAM agar memainkan peranan yang aktif dalam mengajak kepada yang ma'ruf dan melarang perkara yang mungkar.

Yang terakhinya adalah bertujuan رد الشبهة iaitu menjawab syubhah. Kita sebagai mahasiswa khususnya yang menjadi pendokong gerakan Islam harus mempersiapkan diri kita dengan ilmu untuk berhadapan dengan mehnah dan tribulasi di dalam perjuangan. Tatkala remaja dan belia lain enak dibuai dunia yang fana. Antara fitnah terbesar di akhir zaman adalah agama Allah dipersendakan oleh orang-orang Islam itu sendiri seperti yang berlaku sekarang ialah hukuman Hudud dipandang sebagai hukuman untuk orang-orang yang bersalah. Mereka hanya di satu sudut sahaja menyebabkan mereka memikirkan bahawa Islam hanya mahu menghukum manusia. Mereka tidak melihat hukuman Hudud sebagai didikan pada manusia bukan sahaja pada orang yang bersalah tetapi juga kepada orang-orang di sekeliling. Itu yang utamanya yang perlu dilihat oleh orang ramai. Oleh itu, aktivis-aktivis mahasiswa Islam harus menjadi agen-agen penerangan bahawa Islam adalah agama yang aman dan harmoni.



Saya antara aktivis mahasiswa Islam UIAM menyeru sahabat-sahabat saya terutama aktivis-aktivis mahasiswa di luar sana agar dapat menjadi pemimpin orang-orang yang beriman dan dapat menerajui kebangkitan anak muda dengan kesedaran Islam. Maaf kalau ada tersilap bicara. Segala komen dan cadangan amat dialukan. TAKBIR!!!





(ini adalah statement peribadi tidak mewakili mana-mana persatuan)

Followers